Apa tu BSD Explorer?

Simple... sejenis file manager yang stupid (yelah.. utk org yang stupid macam aku). Dan utk menambah lagi kestupidannya , dia punya "feel" lebih kurang Windows Explorer. (PERHATIAN: Windows Explorer tak stupid , benda ni je yang stupid... take note.)

Sapa yang buat/tulis/cipta/ciplak benda ni?

Ye saya... saya... dengan sokongan moral (ye ke?) dari 2 3 makhluk yang hopefully tak terjebak dengan kestupidan aku ni.

Benda ni utk apa sebenarnya?

Ya... utk menambah lagi kestupidan aku (hopefully korang tak terjebak dalam kancah kestupidan ni) dalam menyusuri lembah-lembah atas X ni (ye.. kita kena beraksi seperti ular atau mana mana reptilia yang menyusur terutamanya cobra.)

Apa keperluan nak install?

Off course.. memandangkan bebenda ni memerlukan ruby-gtk , so secara tak langsung kena la ada GTK (/usr/ports/x11-toolkits/gtk12). Kalau nak tau dah ada ke tak , cuba 'gtk-config' atau 'gtk12-config'. Kalau takde, bencana besar lah tu.

Mana nak download?

Download kat SINI!, atau kalau rasa tak puas hati, rasa dengki tu dah membuak-buak sangat meluap-luap tak tentu arah, selongkarlah sini. NOTE: Memandangkan benda ni tersangat melampau kestupidannya, bebenda ni lebih berbentuk snapshot berbanding full release, so expect bebenda tu stupid, anyway kalau ada yang latest pun nengok yang "latest.tar.gz".

Ada screenshot tak?

Ada, selongkar lah dir atas tadi tu, mana la tau kalau ada *.gif ke *.jpg ke, takpun ni ha screenshot nya.

Benda ni ditulis guna apa? assembler? perl? C? pensel 2B? kilometrico?

Ruby (http://www.ruby-lang.org) dan ruby gtk+ binding.

Ruby tu apa?

Ruby tu lebih kurang bentuk dia bulat-bulat , pastu atas dia ada macam sesungut, selalunya org. guna buat tadah air hujan, tapi kengkadang ada gak memana kedai basikal guna utk jadikan macam perhiasan nak tarik pelanggan kot, anyway, benda ni aku guna macam quaker oat, rasa dia sedap gak, bedal je lah..

(Actually Ruby ni modern scripting language, fully object-oriented lebih power berbanding python, dan se-power perl bab-bab strings proccessing/regexp. Dan yang paling bestnya, pasal syntax dia very clean dan takde karut-marut kerenah indention macam python, dan dia punya OO pun clean tak se-serabut perl5)

Explorer ni stabil ke?

Sangat tak stabil , selang 5 saat dia akan reboot, selang sejam dia akan power off current rumah ko, selang sehari dia akan buat ethnic-cleansing.. dan memacam bencana. (actually biasa je... apasal paranoid sangat ni?)

Ok... so benda ni target utk sapa?

Sesapa je nak guna , yang rasa nak guna... Takpe.. korang tak terlibat dengan kestupidan aku kalau guna benda ni, dah tentu yang paling stupid aku jek lah ye tak? For sure benda ni sesangat tak sesuai utk. lalat-lalat yang rasa tak puas hati kalau org tak sembah dia (Firaun), rasa nak mendengki je kalau dia nengok org lain senang dan kalau boleh nak paksa org lain sembah dia (Firaun lagi..). dan Firaun.

So benda ni tertakluk bawah..

BSD Copyright. (Jangan rasa terhina kalau nama dia "BSD Explorer").

Hmm... ko ni bodoh.. bangang... cakap tak serupa bikin..

Perlu ke ko umumkan kebodohan aku? Masih tak cukup lagi ke aku yang dok sibuk umumkan kestupidan aku tadi ni? Ko dah kurang kerja ke? Cuba fikir balik... sapa yang bodoh dalam kes ni.. aku yang cakap aku sendiri bodoh ke , atau org. yang bersusah payah berpenat lelah berkorban semata mata nak isytiharkan aku ni bodoh dalam pada aku dah lebih dulu isytiharkan kebodohan aku. Pergi klinik ye..