Teknik Bertanya / Menjawab Soalan Di MyBSD

  1. PENYOAL: Jangan GAGAP. Tanya soalan sepenuhnya, terangkan terperinci masalah, uname -a, version, macam mana benda tu berlaku, apa benda terakhir yang dibuat sebelum masalah timbul, pendek kata, SEGALA-GALANYA!!!!!. Jangan menyesakkan screen / monitor dengan soalan pendek-pendek tergagap-gagap. JANGAN KURANG AJAR.
  2. PENJAWAB: Jangan KURANG AJAR, dengan menjawab "Pergi http://www.google.com/". MyBSD tempat untuk berbincang, BUKAN tempat untuk ko sambil lewa suruh orang pergi ke Google. Budaya kurang ajar macam ni ko boleh amalkan kat tempat lain yang BUKAN MyBSD. Jawab sepenuhnya, atau JANGAN jawab.
  3. PENYOAL: Jangan AMIK NOTA waktu perbincangan / pertolongan sedang berlangsung. Kalau nak amik NOTA, buat HANYA SELEPAS semuanya selesai. JANGAN KURANG AJAR.
  4. PENYOAL: Kalau disuruh untuk execute / run command yang diberikan, BUAT SEBERAPA SEGERA DAN COPY / PASTE HASIL DARIPADA COMMAND TERSEBUT. Jangan tunggu sampai nak disuruh. JANGAN KURANG AJAR.
  5. PENJAWAB: Jangan cuba nak mengelirukan orang yang bertanya dengan jawapan *HEBAT* yang dirasakan mampu mengagumkan sang penanya. Gunakan ayat beserta analogi / persamaan mudah.
  6. SEMUA: Jangan memandai nak buat singkatan yang tak munasabah. Apa ko ingat ko boleh singkatkan command ifconfig kepada icg ?
  7. SEMUA: JaNgaN mEmaNdAi nAk kEmbALi kE aLaM taDiKa. sInI bUkaN teMpAt mEngAjAr cArA mEngeJa / mEnaIp dEngAn beTuL.
  8. SEMUA: t4K u54|-| |\|4k tu|\|juK 1337. d4|_4|\/| k3b4|\|4k4|\| k35, m3r3k4=m3r3k4 n1 |_4h yq 52L4Lu|\|y4 t4K t4u 4p4=4p4 d4N m3mb4ntutK4|\| p3rb1nC4|\|qa|\|.
  9. SEMUA: aper kor ingater bester sangater kerrrr ejer sesuker hatir?!??! kenaperrr.. taker sekolaher kerrrr?
  10. SEMUA: Sini bukan tok pek kong, kuil, tempat tabur hajat / buang niat, atau mohon keramat untuk bagi alat kelamin ko cergas dan sihat. Takda sifu / otai untuk disembah kat sini.
  11. BACA BALIK DARI ATAS KE BAWAH, FAHAMKAN.

Hukuman. Cadangan: __ ?

Return-Path: <skywizard@yada.MyBSD.keke.org.huhu.my>
X-Original-To: <azrul_kamal_ariff@dejiko.digicharat.org>
Delivered-To: <skywizard@yada.MyBSD.keke.org.huhu.my>
Received: from kasumi.MyBSD.org.my (kasumi.MyBSD.org.my [2001:328:2002:aa2::1])
        by tomoyo.MyBSD.org.my (Postfix) with SMTP id 558BC6CC8D
        for <skywizard@yada.MyBSD.keke.org.huhu.my>; Mon, 14 Jun 2004 12:06:35 +0800 (MYT)
Received: (qmail 16713 invoked by uid 1000); 14 Jun 2004 04:04:55 -0000
Date: Sun, 13 Jun 2004 21:04:55 -0700 (MYT)
From: <skywizard@yada.MyBSD.keke.org.huhu.my>
To: <azrul_kamal_ariff@dejiko.digicharat.org>
Cc: <skywizard@yada.MyBSD.keke.org.huhu.my>
Subject: Re: Masalah tak boleh boot dan KENAPA KO KASAR SANGAT?!?!
In-Reply-To: <20040613155339.Q15532@dejiko.digicharat.org>
Message-ID: <20040613210341.V16707@dejiko.digicharat.org>
References: <20040613064351.44f05257.skywizard@yada.MyBSD.keke.org.huhu.my>
 <20040613155339.Q15532@dejiko.digicharat.org>
Content-Type: TEXT/PLAIN;



Hi,

>
> Aku dah carik kat google, aku dah tanya soalan, aku dah cuba buat. Aku
> bukan sebodoh seperti yang ko sangka :)
>
> Tapi, aku rasa ko terlalu *hebat* untuk aku...
>
> Tapi.. ko cuma asyik bebel "baca peraturan! jawab soalan aku dulu!".. dan
> aku fikir kalau ada sesiapa ada masalah dan nak carik penyelesaian, dia
> masuk irc, masuk channel #mybsd.. dan jawapan yang dia bakal dapat
> hanyalah "baca peraturan! baca peraturan! jawab soalan aku dulu! jawab
> soalan aku dulu!" ... pelik.. memang pelik betul mybsd
>
> APA KORANG MELAWAK KAH?!?!?
>
> Aku rasa tak.. kalau macam tu.. jangan harap aku nak hormat korang. Aku
> dah hilang hormat / respek pada korang.

Ini masalah ko. Ko GAGAL menerangkan masalah ko secara terperinci, sedangkan
ko tergesa-gesa berharapkan jawapan. Keadaan ini berpunca daripada
*kedegilan* ko sendiri.

Lagi sekali (dan dah banyak kali, pun), aku bagitahu ko *penyelesaian* yang
paling tepat:

> From: <skywizard@yada.MyBSD.keke.org.huhu.my>
> To: <azrul_kamal_ariff@dejiko.digicharat.org>
>
> > Sila jelaskan masalah ko dengan terperinci. Jawab soalan-soalan aku
> > dulu. Baca peraturan channel MyBSD.

Boleh tak *sekurang-kurangnya* ko *baca* , *faham*kan ?
Bagus.. ko ni memang bagus.. kebagusan ko ni menyebabkan aku naik jelak!!!!
Setiap kali aku baca / berhadapan dengan makhluk macam ko ni, aku rasa baik
aku angkat kaki, bersara dari internet, bubarkan MyBSD, duduk atas pokok,
kopek buah durian guna tangan kosong dan hisap daun marijuana, berbanding
melayan kerenah makhluk macam ko yang rasa *bahagia* bila menjadi
*sebahagian* daripada MyBSD, hanya dengan /join #MyBSD. Apa hebatnya sekadar
*parking nick* dalam #MyBSD ? Bukankah lebih baik ko pergi parut kelapa
untuk janda sebelah rumah??!?! Tengok, sekarang ni pun #mybsd penuh dengan
parasit-parasit sebegini, tapi nasib baik channel ni *dipegang* oleh MyBSD
itu sendiri.

> >
> > Jawab dulu soalan aku! Terangkan masalah ko dengan terperinci! Baca
> > peraturan channel MyBSD kat :-
> >         http://www.mybsd.org.my/tentangkami.php#peraturan
> >

Ini benar, walaupun ko buta huruf.

MyBSD *BUKAN* http://www.google.com/ , pasal tu bila ada masalah
dibincangkan, perbincangan tu akan jadi hiruk-pikuk / huru-hara / meriah.
Jawapan kepada permasalahan *BUKAN*nya *sila ke http://www.google.com/* ,
jawapan yang sebegini bukannya *PENYELESAIAN*, ini namanya *BIADAB*. Channel
MyBSD bukan tempat untuk ko melompat ke http://www.google.com/ , channel ini
diwujudkan untuk dijadikan tempat *MEMBEBEL*, untuk ko duduk dan baca
penyelesaian-penyelesaian dan huraian masalah.

TAPI, ada TAPInya...

Perbincangan / penyelesaian masalah dimulakan oleh *KO*, sebagai pemula.
Kalau ko tak cerita masalah ko *SECARA TERPERINCI*, macam mana orang yang
nak tolong tu nak memahami permasalahan ko? Akibatnya? Tak ada sapa akan
layan ko, atau kalau dia rajin sikit (tapi biadab), akan jawab
*http://www.google.com/*. Ko boleh bertolak ansur dengan respon yang macam
ni? Kalau macam tu, apa manfaat ko masuk IRC, dan seterusnya /join #MyBSD ?
Bukankah lebih baik ko bukak browser, masuk terus http://www.google.com/ ?
Kenapa mesti membazir? Bila ditegur, ko meradang pulak, akhirnya, jadilah
kes *sila baca peraturan MyBSD* (hah.. topik channel tu sendiri awal-awal
lagi dah ingatkan ko, tapi adakah ko ikut?).

Ko nak orang hormat ko, dan layan ko dengan penuh tanggungjawab, ko
*KENA*lah jugak hormat org lain yang nak membantu ko dengan cara
*MENJELASKAN* masalah ko dengan terperinci, supaya:

 1) Tak ada kejadian bagi penyelesaian yang tak munasabah. Penyelesaian yang
    *SALAH* akan menyebabkan bala bencana, perang dunia, kebuluran,
    pelacuran...
 2) Sindrom *sila ke http://www.google.com/* .
 3) Di layan macam batu , tak dilayan langsung.
 4) *Jawab soalan-soalan aku dulu* (ini akibat si penjawab terpaksa
    *memaksa* si pemula soalan menjelaskan masalahnya dengan terperinci
 5) *BACA PERATURAN MYBSD!*

Hilang hormat kepada MyBSD? Terima Kasih. MyBSD tak perlukan makhluk macam
ko sebagai tukang kipas. MyBSD wujud dan berkembang pada hari ini pun, tanpa
kewujudan makhluk macam ko, dan juga kerana *ketegasan* MyBSD dalam isu-isu
merepek macam ni. Mungkin ko tak sesuai dalam MyBSD, ko dipersilakan cuba
menyertai mana-mana komuniti Malaysia yang lain yang dalamnya terdapat
*otai* *otai* yang ko rasa lebih berakhlak. Walau bagaimanapun, tak ada
sesiapa dalam MyBSD yang halau ko, ini pilihan ko sendiri. Ko dipersilakan
datang semula ke MyBSD bila-bila masa, *TAPI* isu di atas tetap merupakan
isu ko yang ko perlu *selesaikan* sendiri. Untuk pengetahuan ko, dalam MyBSD
tak ada *otai* atau sesiapa yang pakar. Semua orang sama , masih belajar
benda-benda yang merepek, Dari segi ini, takda bezanya antara ko dan
mereka-mereka ni. Tapi dari segi *malas nak ceritakan masalah dengan
terperinci dan tidak menyebabkan orang yang cuba nak menolong tertanya-tanya
dan akhirnya !%@$!%@#$%!$#* , itu ko kena fikir sendiri.

Aku, MyBSD, mintak maaf kalau ko terasa, kecil hati. Ini bertujuan untuk
*MENYEDARKAN* ko, dan bukannya untuk menghina ko. Sikap ko yang sebegini
merupakan sikap 99% kebanyakan pengguna open source kat Malaysia, dan sikap
sebeginilah yang menyebabkan perkembangan open source kat Malaysia hanya
sekadar gah pada nama dan cakap-cakap kosong. MyBSD tak peduli pun kalau
takda siapa hormat / respek MyBSD. MyBSD percaya dengan cara MyBSD, dan
hasilnya:    M  y  B  S  D  .


--

SkyWizard
MyBSD

http://www.MyBSD.org.my (IPv6/IPv4)
http://staff.MyBSD.org.my (IPv6/IPv4)
http://tomoyo.MyBSD.org.my (IPv6/IPv4)