Pengenalan

Terima kasih diucapkan kepada saudara Gigco, ded1, SkyWizard, dan krew #mybsd kerana memberi ruang kepada saya di server ini. Tujuan saya membina laman web ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pengguna komputer bahawa BSD ini adalah suatu OS yang stabil, dan senang digunakan (anda tidak perlu menjadi seorang 'geek' untuk mengendali BSD). Selain itu, saya ingin mendalami ilmu yang ada pada BSD. insyaAllah projek ini akan berjalan dengan lancar.



Berita

Update.. - 07:08 PM, 23 Mac 2002
Pertama sekali, aku nak mintak maaf kepada semua orang sebab tak update web aku ni. Aku ada banyak kerja kena handle dan SPM pun dah tak lama. Aku ada 2-3 artikel yang sedang ditulis, tetapi belum dikemaskinikan. Artikel Teletronics akan dipost balik dalam masa 1-2 minggu ni. Setakat ini saja update aku kali ini.

Artikel Traffic Shaping dipulih semula - 04:44 PM, 4 Mac 2002
Artikel tentang Traffic Shaping dengan FreeBSD telah dipulih semula.

Argh!! - 08:05 PM, 3 Mac 2002
Semua artikel dan file-file aku hilang! Artikel-artikel aku nanti akan ditulis semula dan diupload kesini. Maaf ye!

Laman web dikemaskini - 07:16 PM, 2 Mac 2002
Layout laman web ini dikemaskinikan dan menyerupai laman web http://www.mybsd.org.my.

Traffic Shaping dengan FreeBSD - 10:50 PM, 1 Mac 2002
Artikel baru. Traffic Shaping dengan FreeBSD. Jom kita baca.

Teletronics Wireless LAN - 02:31 PM, 15 Febuari 2002
Artikel baru. Macam mana nak setup Teletronics Wireless LAN WL2000D dengan FreeBSD. Klik sini.







2002 Nik Azim. Segala pertanyaan/komen boleh dihantar kepada email kepada saya.