Gelojoh Web Server IPv4/IPv6(menggunakan Dejiko Multiplexer Framework)NOTE: Kalau sesapa masuk halaman ni guna IPv6 network dan menghadapi masalah (mungkin tunnel/tunnel broker merepek), sila gunakan http://lemur.ipv4.MyBSD.org.my/. Disebabkan tomoyo.MyBSD.org.my ni tersangatlah tak stabil (para peladang sering buat eksperiman merepek), anda boleh juga melayari halaman ini melalui halaman Staff MyBSD (Directory "Dejiko"). Ini ialah Gelojoh Web Server (nama gonjol: Tomoyo/Dejiko chan), ditulis 100% menggunakan bahasa pengaturcaraan Ruby (http://www.ruby-lang.org) berasaskan Dejiko Multiplexer Framework (yang semestinya aku tak ada masa nak explain, kecuali dengan permintaan). Webserver ini sangat mudah/simple dan cukup makan utk. mereka yang sekadar mahu memaparkan file yang statik sahaja (bukan CGI/PHP), dan yang paling utama, Gelojoh merupakan satu cara paling mudah untuk bereksperimen dengan IPv6 kerana ia diaturcara sebegitu rupa untuk mengendalikan kedua-dua IPv4/IPv6 secara serentak. |
![]() |
(Dejiko , dengan gaya yang gonjol gelabah mengada-ngada)
Anda menggunakan IPv4 |
Dapatkan Gelojoh di sini.
Bagi pengguna Windows yang tiada ruby, atau hendak menggunakan ruby yang dipakejkan oleh kami, sila rujuk isu di bawah berkenaan "Mana nak dapatkan ruby?"
Unix ---- # ruby gelojoh.rb /mana/nak/jadi/docroot hostname_atau_ip port (Bagi Unix, proses ini akan drop jadi "nobody"). Windows ------- C:\> C:\mana\ruby\ko\ruby.exe gelojoh.rb C:\mana\docroot hostname_atau_ip port
Unix ---- ruby gelojoh.rb /docroot host_ip port > apa_saja_la_logfile.log 2>&1 & Windows ------- He he he he... nanti dulu la ya sayang... buat masa ni redha je lah..
Sebenarnya, IPv6 merupakan penyelamat kepada seluar dalam korang semua. Muatan IPv6 jauh lebih besar / panjang berbanding IPv4. Kalau IPv4 tu ibarat 1 cm , IPv6 ni ibarat jarak antara bumi dengan planet pluto. Korang mungkin fikir "ah.. IPv4 masih cukup, takda pun kes kekurangan IP" , tapi cuba fikir, apa guna NAT merepek tu? Bukan ke korang terpaksa mengeNAT disebabkan korang tak dapat IP? IPv6 memberikan peluang "true end-to-end" connection, kerana semua orang dah boleh ada ip sendiri tanpa perlu NAT. Memang la ko boleh kata sekarang ni tak perlu, SEBABNYA BELUM ADA TRAGEDI YANG SERIUS KEKURANGAN IP. Kenapa? IPv6 telah menyebabkan tragedi sebegitu rupa tak menjadi, dan seperti biasa, manusia ni selagi takda tragedi, selagi tu lah tak ingat apa-apa.Dah insaf? mari ke sini.